Pakej Autoship / Backup Autoship 4Life Premier Club

Pakej Autoship / Backup Autoship 4Life Premier Club

4lifegroup.blogspot.com - Daftar Autoship / Backup Autoship sekarang untuk menikmati ganjaran didalam Privileges of Premier Club!

Hubungi 03-7629 6800 untuk mendaftarkan diri sebagai ahli Premier Club.

**Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Baca Selanjutnya......

Monthly Activities Schedule for June 2011 : 4Life Malaysia

Monthly Activities Schedule for June 2011 : 4Life Malaysia

4lifegroup.blogspot.com - This is the June 2011 Monthly Activities Schedule. For more information, kindly contact 4Life Distributor Support at 03-7629 6800. Thank you.

Jadual Aktiviti Bulanan 4Life Malaysia Bulan Jun 2011


**Sila klik gambar diatas untuk paparan lebih jelas.

Baca Selanjutnya......

4Life Malaysia : Exclusive Leadership Training with Steve Apple's

4Life Malaysia : Steve Apple's Talk on June 27, 2011

4lifegroup.blogspot.com - Come and join the Exclusive Leadership Training by Steve Apple, 4Life Vice President, International. The training will be held on June 27, 2011 at Auditorium, 4Life PJ Office. Admission is FREE, limited to 150 seats, get your tickets NOW!

**Maklumat lanjut, sila klik pada gambar diatas..

Baca Selanjutnya......

Proses Penyembuhan / Healing Crisis

foto Proses Penyembuhan / Healing Crisis

Proses Penyembuhan / Healing Crisis

4lifegroup.blogspot.com - Banyak pesakit yang mencuba menjalani penyembuhan semulajadi dengan mengambil Transfer Factor, tetapi berputus asa kerana mereka mengalami “healing crisis”. Perkara sedemikian membuatkan saya bertambah semangat untuk menterjemahkan beberapa artikel Healing crisis dari website www.shirleys-wellness-cafe.com/philo1.htm#healingcrisis.

Semoga bermanfaat bagi sesiapa sahaja yang mengambil Transfer Factor untuk mendapatkan kesembuhan.


Healing Crisis By Dr Stanley Bass, N.D. D.C. Ph.D.

Anda Mungkin Merasa Lebih Buruk Sebelum Mula Merasa Lebih Baik … Jalan Menuju Kesihatan Lebih Baik Mungkin DiMulakan dengan Suatu Proses Penyembuhan

Ketika anda bergerak menuju keadaan yang lebih sihat dengan penyembuhan alami dan nutrisi yang lebih baik, penyembuhan mula terjadi. Sebagai bahagian dari proses penyembuhan, tubuh mula melemparkan atau mengeluarkan racun buangan yang telah lama tersimpan dalam tubuh selama bertahun–tahun. Proses penyembuhan biasanya tidak terjadi tanpa kesan. Dalam proses awal penyembuhan, ketika tubuh anda mula membersihkan “rumahnya” (detoksifikasi) dan energy vital anda mula sembuh dan membina kembali organ internal, anda mungkin mengalami sakit kepala, rasa tidak selesa, gejala seperti selsema dan letih. Sangat penting bahawa anda mendapatkan masa rehat yang cukup pada saat itu. Gejala-gejala tersebut akan berkurangan dengan semakin normalnya tubuh anda kembali pada keadaan sihat. Ketika anda semakin sihat, anda mungkin akan mulakan satu proses yang dipanggil sebagai ‘retracing’ atau mundur kembali. Anda mungkin merasa lebih buruk sebelum merasa lebih baik. Sebagai contoh, jika anda kerap mendapat bintik-bintik pada kulit, bintik–bintik tersebut mungkin timbul kembali atau semakin parah pada masa tertentu sewaktu tubuh anda mengurangkan racun melalui kulit. Anda mungkin juga mengalami peningkatan jumlah urin, atau anda mungkin merasa lebih gugup. Secara dasarnya, Anda bukan bertambah buruk, malah anda sebenarnya bertambah baik. Pada akhirnya anda akan mencapai keadaan sihat yang stabil dan lebih baik. Dalam tempoh proses penyembuhan, adalah sangat penting untuk tidak menghalang kesan sementara ini dengan ubat-ubatan lain atau akan menyebabkan proses penyembuhan ini terganggu.

—————————————————————————————————————— Pemahaman tentang Proses Penyembuhan (The Healing Crisis) by Ginger Chalford, Ph.D

Tubuh mempunyai keinginan untuk mencapai kesihatan yang sempurna. Kita mempunyai kemampuan untuk memperoleh kembali cara untuk kembali menuju keadaan tersebut, tidak kira betapa “normal” ataupun buruk keadaan kesihatan kita pada masa ini. Akan tetapi, pada ketika itu tubuh harus melalui proses eliminasi atau pengurangan untuk mencapai kesihatan yang baik. Proses eliminasi atau pengurangan perlahan-lahan tersebut selalu dipanggil sebagai krisis penyembuhan atau healing crisis. Pada ketika healing crisis berlaki, reaksi atau tindakbalas mungkin terjadi pada level yang ringan hingga ke level berat. Keadaan menjadi semakin baik ataupun semakin buruk hingga badan kembali sihat.

Pada healing crisis, setiap sistem tubuh bekerjasama untuk mengurangkan hasil pembuangan dan menyusun tahap regenerasi. Jaringan yang lama diganti dengan yang baru. Suatu penyakit terjadi apabila tubuh tidak dapat mengatasi healing crisis secara semulajadi (detoksifikasi / pembuangan alami) kerana satu dan pelbagai sebab. Tubuh terkunci pada suatu keadaan yang rosak dan tertutup secara fizik, emosional, mental, dan spiritual.

Gejala healing crisis mungkin pada awalnya sama dengan penyakit itu sendiri. Akan tetapi ada perbezaan : pembuangan. Suatu proses pembersihan dan pemulihan sedang berlaku dan kotoran yang tersimpan sedang berada dalam keadaan bebas. Tubuh, fikiran dan semangat tidak lagi “terkunci”. Kadangkala rasa sakit dan gejala pada krisis penyembuhan lebih berat daripada penyakit kronik itu sendiri, akan tetapi hal ini hanya sementara dan sepatutnya terjadi.

Krisis tersebut biasanya akan memunculkan kembali keadaan masa lalu dan masalah personal. Orang selalu melupakan penyakit, masalah, atau luka yang mereka alami pada masa lalu. akan tetapi diingatkan kembali pada saat kritikal sehingga mereka dapat menyembuhkan urusan yang belum selesai tersebut. Hal ini timbul pada setiap saat ketika tubuh mampu menghadapi krisis.

Reaksi fizik dapat meliputi gangguan kulit, loya, sakit kepala, mengantuk, keletihan yang berlebihan, buang air besar, cirit-birit, masuk angin, infeksi telinga, rasa panas berlebihan, atau bentuk apa saja yang digunakan tubuh untuk melepas dan membuang racun atau toksin. Krisis penyembuhan awal biasanya berakhir dalam tempoh tiga hari, tapi jika tenaga pesakit lemah, ia akan berakhir selama seminggu atau lebih.

Tubuh memerlukan jus dan secara khusus air untuk membantu pembuangan toksin. Ini merupakan waktu untuk berehat. Jagalah diri anda dengan baik secara mental, emosional, dan tentunya fizik.

Satu krisis tidak selalu cukup untuk penyembuhan yang sepenuhnya. Penderita penyakit “terkunci” yang kronik selalu harus melalui siklus krisis penyembuhan, yang masing–masing memperbaiki keadaan sebahagian dari tubuh. Memang memerlukan waktu yang lebih lama untuk menyembuhkan penyakit kronik dan waktu diperlukan untuk memulihkan energy atau tenaga yang terkunci tadi, satu persatu. Hal ini seperti mengupas kulit bawang india satu per satu.

Kerap kali krisis baru terjadi pada ketika seseorang merasa sangat sihat dan paling bertenaga. Pada waktu memulakan tahap pembuangan. Seluruh tubuh bekerja. Kebanyakan orang merasakan saat tubuh bertenaga pada awalnya hingga toksin atau racun dibuang ke aliran darah pada proses pembuangan. Lanjutkan seperlahan mungkin sehingga proses pembuangan berperingkat-peringkat dan selesa.

Dengan keadaan yang lebih serius, mungkin terjadi krisis kecil yang harus dilalui sebelum sistem dapat berjalan dengan seimbang dan sihat. Segala sesuatu harus dipertimbangkan dan diberi keadaan yang tepat untuk mengatasi krisis penyembuhan. Seseorang harus melakukan sesuatu terhadap tubuhnya, bukan melawannya dengan marah.

Proses penyembuhan juga dikenali dengan nama Herxheimer Reaction yang terjadi ketika tubuh melakukan detoksifikasi terlalu cepat dan toksin dilepaskan lebih cepat daripada kemampuan tubuh untuk melakukan pembuangan. Krisis penyembuhan boleh terjadi melalui semua terapi alami dan alternative seperti homeopathy, naturopathy, nutrisi lanjutan, dan lain-lain.

Proses mundur merupakan salah satu bahagian dari krisis penyembuhan. Sangat penting untuk merasa kembali setiap tahap yang telah dilalui tubuh yang membawanya pada keadaan sakit saat itu. Orang belajar sejak awal bahawa gejala penyakit harus dihentikan dan ditekan. Mereka minum berbagai jenis ubat untuk menghentikan tubuh mereka dari pembuangan hingus dan kotoran. Hal tersebut sangat memeningkan bagi tubuh! Pengeluaran cairan tubuh seperti hingus merupakan mekasnisme tubuh yang sempurna untuk membuang sampah! Jika proses tersebut ditekan, sistem imun akan berkompromi dan apabila hal tersebut terjadi lagi, maka dia tidak akan dapat bertindak dengan baik. Tubuh manusia mempunyai memori tersendiri yang akan mengingat segala jenis penyakit dan sekiranya ia ditekan atau dihalangi. Pada proses kebalikan, memori–memori tersebut diingatkan kembali proses mundur sebelum puncak penyakit tersebut terjadi dan penderita mendapat kembali penyakit–penyakit dan trauma sebagai fenomena mengingat kembali. Perbezaannya adalah kali ini gejalanya datang dan pergi dengan cepat dan ada kemampuan mendatar bahawa proses tersebut secara keseluruhan tidak berbahaya, bahawa hal tersebut semulajadi dan menyokong kesihatan. Perubahan kesihatan yang dirasakan oleh seseorang setelah krisis penyembuhan akan ada selagi cara hidup yang baik dilaksanakan dan orang tetap menghargai kebijakan tubuh manusia yang luar biasa. Berilah tubuh anda apa yang diperlukannya untuk membuat jaringan baru secara tetap dan hasilnya adalah kesihatan dan vitalitas yang luar biasa.

Reaksi Herxheimer ( The Healing Crisis )

Reaksi Herxheimer terjadi ketika tubuh sedang dalam proses detoksifikasi yang terlalu cepat dan racun dilepaskan lebih cepat daripada yang dapat dikurangkan oleh tubuh. Jika hal ini terjadi, seseorang akan mendapat sakit kepala, loya, muntah dan rasa tidak sedap badan. Walaupun hal ini merupakan masa singkat program penyembuhan, hal tersebut dapat terjadi dengan sangat hebat dan menyebabkan seseorang berhenti dalam mencapai tujuan penyembuhannya. Selain itu, orang tersebut mungkin tidak mengetahui apa yang sedang dialaminya dan berfikir bahawa keadaan mereka bertambah parah.

Untuk meminimumkan reaksi Herxheimer :

* Minum banyak air ion alkalin semulajadi
* Menghadkan kegiatan fizik seharian.
* Banyakkan mendapat cahaya matahari
* Memperlambat proses detoksifikasi, satu langkah setiap saat.
* Jangan menambahkan dos herbal.
* Jagalah agar organ pembuangan (pembuangan, paru – paru, kulit, ginjal) bekerja
* Lakukan pembilasan detoksifikasi
* Gunakan minyak aromatherapy untuk rasa sakit seperti peppermint, birch, dan wintergreen
* Berpeluh dengan latihan, sauna, mandi air hangat, dan herbal
* Hindarkan bahan kimia asing dan makanan diproses halus

Jika terjadi reaksi Herxheimer, kurangkan program detoksifikasi kesihatan anda. Kurangkan dos herbal dan ikut nasihat di atas untuk mengurangkan gejala pembuangan racun. Semakin banyak racun yang dibuang, semakin sakit juga pada waktu dikeluarkan. Pada umumnya, seseorang akan merasa lebih baik jika semuanya telah berakhir dan kesihatannya kembali pulih. Ingatlah, jangan menyerah! Reaksi Herxheimer juga dikenali sebagai krisis penyembuhan (healing crisis).

APAKAH PERBEZAAN ANTARA PROSES PENYEMBUHAN DAN SAKIT?

Ada beberapa gejala sewaktu krisis penyembuhan yang mungkin memeningkan pesakit itu sendiri. Akan tetapi, perbezaannya adalah gejala–gejala krisis penyembuhan lebih singkat dan bergerak dari satu bahagian ke bahagian lain dalam tubuh, dari dalam ke luar dan dari atas ke bawah.

Biasanya ada kehilangan nafsu makan dan mungkin demam. Sakit mempunyai skenario yang sangat berbeza kerana salah satu atau lebih organ tidak bekerja dengan baik, menyebabkan toksin yang terdiri dari bahan buangan yang tidak dapat keluar dari tubuh. Ada perkara yang menakutkan ketika sakit, suatu rasa yang tidak terkawal yang sangat lain daripada keadaan saat proses penyembuhan tersebut lebih ringan daripada gejala penyakit. Segalanya berjalan seperti seharusnya pada waktu dimulakan.

Proses mundur adalah salah satu bahagian dari proses penyembuhan. Sangatlah penting untuk melihat kembali setiap langkah yang telah ditempuh tubuh yang membawanya pada kondisi sakit saat itu.

Baca Selanjutnya......

Kesan dan Tindakbalas Umum Dalam Proses Penyembuhan

foto Kesan dan Tindakbalas Umum Dalam Proses Penyembuhan

Kesan dan Tindakbalas Umum Dalam Proses Penyembuhan

4lifegroup.blogspot.com - Merupakan proses memperbaiki sel-sel tubuh untuk berfungsi normal kembali. Setelah sel-sel tubuh mendapatkan nutrisi yang lengkap dari Transfer Factor dan mendapat begitu banyak informasi tentang penyakit ( Immune IQ ) , maka sel-sel tubuh memiliki kekuatan untuk mengeluarkan zat-zat beracun / toksin dari dalam tubuh secara alamiah / semulajadi. Ini adalah beberapa kemungkinan proses penyembuhan yang mungkin terjadi :

PROSES PENYEMBUHAN    =   SEBAB

Badan terasa hangat   =   Metabolisme meningkat dan menyebabkan suhu badan meningkat sedikit (tetapi tidak berbahaya seperti demam oleh infeksi)

Rasa segar pada malam hari   =   Metabolisme lemak berlebihan dalam badan

Najis hijau / kehitaman   =   Pembuangan sisa-sisa toksin pada usus besar

Rasa kembung sendawa/buang angin   =   Proses menormalkan sistem pencernaan

Rasa sakit pada tempat yang memang sudah sakit   =   Proses pembuangan toksin pada organ yang bersangkutan

Mengantuk dan keletihan   =   Proses pembuangan racun dalam tubuh ketika memasuki sistem pembuluh darah

Pening, rasa pitam dan peluh sejuk   =   Proses pembuangan racun pada penderita diabetes dan hypertensi (dicadangkan ubat doktor tetap dimakan)

Susah buang air besar atau sembelit
   =   Proses menormalkan sistem pembuangan (usus besar)

Keluar jerawat / gatal-gatal pada badan
   =   Proses pembuangan racun dari dalam badan melalui kulit

Haid tidak teratur (sementara)   =   Proses menormalkan keseimbangan hormon dalam badan.

Selsema, batuk berkahak   =   Kalau bukan disebabkan oleh infeksi kuman, ia merupakan proses menormalkan sistem pernafasan yang lemah

Muka sedikit sembab   =   Proses menormalkan fungsi ginjal

Tidak mengalami proses penyembuhan   =   Badan sihat dan terus dijaga daya tahannya dengan Transfer Factor sebagai Imun Alami tubuh

Mulut kering   =   Proses metabolisme dalam tubuh meningkat (banyakkan minum air putih)

Panas dalam   =   Memperbaiki sistem kekebalan selular pada mukosa mulut akibat kekurangan beberapa jenis zat gizi (banyakkan minum air putih)

Baca Selanjutnya......

LEAP Convention 2011 4Life (Malaysia & Singapore)

4Life Malaysia & Singapore LEAP Convention 2011

4lifegroup.blogspot.com - LEAP (Leading Everyone To Achieve Platinum)

Pada 2010, kita menyaksikan konvensyen BIG. Tahun 2011, bersedialah untuk Konvensyen LEAP.

Tarikh : 12 November 2011
Tempat : One World Hotel, Petaling Jaya, Selangor.


Nantikan pengumuman yang selanjutnya!!

**Klik gambar untuk paparan lebih jelas.

Baca Selanjutnya......

Onsite Promotion at 4Life Kota Bharu Office Opening

Majlis Perasmian Pejabat Baru 4Life Kota Bharu Promosi Onsite

4lifegroup.blogspot.com - Sempena "Majlis Perasmian Pejabat Baru 4Life Kota Bharu" pada Jumaat, 23 Mei 2011, 4Life akan mengadakan Promosi Onsite pada hari tersebut.

Terdapat beberapa pakej barangan 4Life yang dijual pada harga yang rendah pada hari tersebut.

**Sila klik pada gambar untuk maklumat lanjut.

Baca Selanjutnya......

Purchases Draw & New Sign-Up Promotion at 4Life Kota Bharu Office Opening

Majlis Perasmian Pejabat Baru 4Life Kota Bharu

4lifegroup.blogspot.com - Majlis Perasmian Pejabat Baru 4Life Kota Bharu akan berlangsung pada hari Jumaat, 13 Mei 2011 jam 10.00 pagi.

Pelbagai promosi terdapat pada hari tersebut seperti ;

1) Cabutan Bertuah Pembelian Onsite
2) Promosi Untuk Pendaftaran Baru


**Maklumat lanjut, sila klik pada gambar.

Baca Selanjutnya......

4Life May Promotion 2011

4Life Promosi Bulan Mei 2011

4lifegroup.blogspot.com - Gambar diatas adalah promosi hebat dari 4life Malaysia untuk bulan May 2011.

Yang lebih hebat lagi, jika membeli salah satu dari tiga pakej yang ditawarkan, anda juga boleh mendapatkan RioVida Burst Thumdrive bersaiz 2GB hanya dengan harga RM5 (Harga Biasa RM50).

Jadi, apa ditunggu lagi, dapatkan segera promosi hebat tersebut.

**Klik Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas.

Baca Selanjutnya......

Aktiviti Bulanan 4Life Mei 2011

Jadual Aktiviti Bulanan 4Life Malaysia Bulan May 2011

4lifegroup.blogspot.com - Berikut adalah Jadual Aktiviti Bulanan 4Life Malaysia untuk bulan Mei 2011.

Sila klik pada gambar untuk maklumat lanjut.

Malaysia 4Life Activity Schedule May 2011


Baca Selanjutnya......

Jadual Operasi Pejabat 4Life Bulan Mei 2011

Jadual Operasi bagi Pejabat / Pejabat Urusan / Pusat Pengambilan Produk Sementara 4Life - Mei 2011

4lifegroup.blogspot.com - Info dari 4Life Malaysia.

Kepada Para Pengedar dan Para Pelanggan 4Life yang DiHormati,

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat / Pejabat Urusan / Pusat Pengambilan Produk Sementara 4Life yang berikut akan DITUTUP pada tarikh-tarikh berikut sempena cuti umum dan juga diatas sebab-sebab lain.

Maklumat lanjut, sila klik pada gambar.

Operating Schedule for 4Life Offices - May 2011


Baca Selanjutnya......

Transactions at 4Life Temporary Pick-Up Service Points

Transactions at 4Life Temporary Pick-Up Service Points (TPSP)

4lifegroup.blogspot.com - Kepada Para Pelanggan dan Pengedar Yang Dihormati.

Adalah diingatkan bahawa semua "Pusat Pengambilan Sementara (TPSP)" adalah TIDAK dibenarkan mengedalikan urus niaga tunai.

Maklumat lanjut, sila klik pada gambar diatas.

Baca Selanjutnya......